Negaraku

Negaraku
Keamanan Bendera Yang Berkibar

Wednesday, 18 October 2017

2 Tahun Kita Dengan GST



2 Tahun Kita Dengan GST   

Sudah dua tahun setengah kita hidup dengan GST. Tanggal 1 April adalah ulang tahun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan di Malaysia. Tidak siapa meraikannya. Hidup kita berjalan seperti biasa, dan bayar barangan atau perkhidmatan yang dikenakan GST. Mahu tak mahu terpaksa juga beli.



Pada mulanya memang ‘bising’ sana sini orang ramai merungut dan komplen tentang harga yang meningkat di sebalik kata-kata yang menjamin harga barangan dan perkhimatan akan turun ketika GST.

Sekarang pun bukan tidak ada ‘bising’, tapi semua sudah malas untuk memperkatakannya. Terimalah hakikat kita pun kena bantu kerajaan untuk mengumpul dana. Banyak atau sedikit kita kena bayar GST, bergantung berapa banyak kita keluarkan belanjanya. 

Tak ada pula kita dengar selepas dua tahun GST dikenakan pada barangan dan perkhidmatan yang ditetapkan kena cukai, rakyat hidup sengsara, mati kebuluran. Kalau hidup merana tak cukup makan, ada pihak tampil hulur bantuan. Yang penting beritahu masalah dan di mana mereka yang hidup sengsara itu. Ada yang akan datang membantu. 



Ada sesetengah orang politik menyebar cerita rakyat di semua peringkat sangat tertekan dalam menghadapi kehidupan seharian yang ‘dijerut’ dengan cukai ini. Pelaksanaan GST telah menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik mendadak dari semasa ke semasa terutama barangan keperluan harian.

Mahu buat macam mana, ke­na ikut kehendak pemerintah. Ha­kikatnya mana ada kerajaan yang mahu menyeksa rakyatnya hidup menderita.
Bila teringat akan GST dan har­­ga barang, nama bekas Tim­balan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akan disebut-sebut. Memanglah kalau ikut teori harga barangan boleh tu­run dengan GST. Masalahnya, semua orang tahu bahawa para pengedar dan peniaga awal-awal sudah menaikkan harga barangan sebelum tarikh penguatkuasaan GST pada 1 April 2015. 

Memang ada kelemahan, dan para peniaga bijak memanipulasi keadaan ini. Itu cerita dua tahun le­pas sebab pihak penguat kua­sa tidak memantau harga la­ma sebelum dan semasa GST di­kuat­kuasakan.

Menipu

Kalau kita sebagai pengguna rasa tertipu dengan kenyataan Ahmad Mazlan itu, kenapa kita tidak marahkan para pemborong dan peniaga yang tidak jujur ter­hadap harga barangan. Golongan kapitalis ini yang telah menipu kita semua. Tapi yang kena maki hamun ialah para pemimpin kerajaan.
Apa pun dalam keadaan ketidaktentuan situasi ekonomi dunia sejak dua tahun lalu, GST banyak membantu ekonomi kita. Walaupun banyak pihak peniaga yang cuba mengelat, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya juga memungut hasil kutipan GST yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak RM27.012 bilion pada 2015 dan dianggarkan kerajaan memperoleh RM38.5 bilion pada 2016. Kalau semua peniaga jujur, mungkin lebih banyak kutipan boleh dikumpul.



Bayangkanlah dalam laporan akhbar pada Februari lalu mendedahkan 200,000 syarikat di seluruh negara dikesan menipu penyata GST – ini susulan audit Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Golongan peniaga jenis ini bukan sahaja memperdaya kerajaan tetapi juga kita semua sebagai pengguna. Mereka menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan tetapi tidak takut pula ‘mencuri’ duit cukai yang pengguna bayar.

Sebenarnya, sikap lari dan menipu daripada bayar cukai dalam kalangan peniaga ini yang menyebabkan GST diperkenalkan. Bila sudah dikuatkuasakan GST pun, mereka mahu menipu kita semua lagi.

Golongan peniaga tamak yang mencuri wang GST itu patut didenda sebagaimana hukuman yang ditetapkan. Jangan diberi muka. Biar rakyat lihat dan menilai sendiri perbuatan para peniaga tamak itu. 

Kita minta kepada ahli-ahli politik, jangan terpedaya dengan para peniaga yang menaja aktiviti politik mereka dengan menyemai pelbagai tohmahan dan kebencian terhadap kerajaan.
Oleh sebab perbuatan merekalah rakyat terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk GST sedangkan caj cukai sepatutnya sudah dikira sekali dalam harga barangan atau perkhidmatan.
Rakyat sudah diperdaya dua kali oleh peniaga tamak itu. Kali pertama bila pengguna bayar harga barangan atau perkhidmatan termasuk harga cukainya. Kali kedua bila wang GST yang dibayar tidak dimasukkan ke dana awam kerajaan. Semua wang itu dimasuk ke dalam guni peniaga yang tamak itu.

Inilah hakikat yang berlaku dalam tempoh dua tahun GST dikuatkuasakan. Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang kenalah tegas. Jangan berlembut yang akhirnya rakyat akan salahkan kerajaan.
Pastikan 2018, kami tidak ditipu untuk tahun ketiga GST.


Thursday, 28 September 2017

Terima Kasih Perwiraku: Operasi Daulat 2013


Mengenang kembali peristiwa yang amat bersejarah…Kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Apalah agaknya perasaan perwira-perwira negara sewaktu mempertahankan tanah air kita dari di noda dan dirampas oleh pengganas Sulu ketika itu.. 

Tentera Dalam Ops Daulat

Paksu asyik terpikir je perkara ni sejak beberapa hari ni, lepas tengok rakyat kita cakap macam-macam dalam facebook dan berita-berita online pun ada juga sebut pasal kes di Lahad Datu tahun 2013. Rata-rata memberi komen yang negatif kepada askar kita sewaktu dalam Operasi Daulat tersebut. Ada yang cakap tak cukup latihan la, banyak wayang la, show off la, penakut , habiskan duit rakyat dan bnyak lagi..(Paksu tak larat nk tulis semua)




Paksu ni pencinta sejarah..ye la pencen cikgu sejarah kn..Jadi jati diri dan rasa patriotik tu ada dalam darah ni. Jangan ingat askar polis je patriotik..mungkin sebab aruah ayah Paksu dulu pun bekas askar melayu..membesar la Paksu dalam kem-kem askar..

Memang pendapat orang kita tak boleh nak sekat..mungkin dia tak tahu dan tak berada dalam situasi itu..tapi Paksu nak bagi tahu ni, walau apa pun yang berlaku, jangan kita kata tidak baik kepada para pejuang dan pahlawan negara kita yang bersusah payah mempertahankan kedaulatan negara kita ni. Kita sepatutnya bersyukur dengan adanya askar-askar ini membuatkan negara kita masih aman dan tenteram.



Bayangkan sekiranya penceroboh Sulu tu berjaya tawan Lahad Datu dan seterusnya merampas sabah yang menjadi tuntutan perjuang mereka tu. Apakah akan tejadi? Kita akan jadi macam negara-negara yang sedang berperang sekarang ni di Timur Tengah.. Rakyat kita di Sabah tu akan menderita jadi mangsa perang.
Mangsa Peperangan


Semua yang dilakukan oleh pihak ATM tu bagus sebenarnya. Cuma rakyat kita ada yang tak sedar. Masyarakat asing lagi la tak tahu cerita sebenar suka-suka sahaja nak cakap bukan-bukan. Diorang sengaja nak buat kita rasa tak yakin dengan askar sendiri. Bila tak yakin nanti senang la bangsa-bangsa asing ni nak masuk dalam negara. Konon nak bantu itu ini. Padahal habis sumber rezeki kita dia kaut bawa balik. Tolonglah sedar perkara ni sejarah..sejarah pasti berulang kalau kita tidak sedar..

Kartun Pencuri


Kawasan ESSCOM
Kita sepatutnya rasa amat bertuah sebab dah wujud Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi meningkatkan keselamatan timur sabah. Bnyak aset-aset ATM dibawa ke sana bagi meningkatkan kesiagaan dan menjaga keselamatan penduduk sabah dan dari tindakan pencerobohan asing. 




    
Perintah Berkurung
Kalau tak buat perintah berkurung tu..lagi la bertambah rakyat kita kena culik la..bakar bot la..seludup la..macam-macam lagi perkara yg negatif. Korang kena lihat dari sudut positif setiap langkah dan tindakan kerajaan ni. Pasti ada kebaikannya. Memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..jadi jangan la kita suka mementingkan diri sendiri.

ATM beli aset banyak dan mahal pun ada yang tidak setuju. Bazir duit rakyat katanya. Cuba bandingkan aset-aset negara kita ni..sebenarnya tak cukup..dah tu lagi nak cakap tak perlu beli..sepatutnya cakap la beli banyak-banyak, baru la negara-negara jiran kita rasa takut dan kita boleh jadi lagi kuat. Semua nak cakap guna kepala lutut..maaf terkasar bahasa pulak..

Sambutan Merdeka Ke-60 2017
Bnyak lagi isu sebenarnya nak tulis ni..tapi cukup la tu. Korang pun dah faham Paksu rasa. Apa yang penting kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa menyokong dan memandang tinggi pengorbanan yang perwira-perwira negara kita ni..siang malam pagi petang menjaga negara tanpa jemu. Nak rasa lagi ke macam mana negara kita dijajah oleh bangsa-bangsa asing ni?.. Portugis..British..Jepun.. cukup-cukup la.Kita dah merdeka 60 tahun. Jadi kekalkan kemerdekaan ini dengan menyokong perwira-perwira negara kita. Kalau kita sendiri jadi askar lagi bagus. (tu cita-cita Paksu waktu kecil).

Kami Sokong ATM

Akhir kata dari Paksu, fikirlah dengan waras dan sentiasa menyokong askar kita bagi menaikan semangat mereka dalam menjaga keselamatan negara kita yang tercinta ini.




Wednesday, 27 September 2017

Perpaduan Berasaskan Rukun Negara

Rukun Negara:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-Undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.